BLOG ANTI DADAH
Disediakan oleh : Muhammad Noor Syahin bin Bawa Noorul Hasan
Kelas : 1 Karisma
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang
DEFINISI DADAH
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani(mental dan emosi) dan fizikal(jasmani) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan . Hal ini akan menyebabkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan mereka .
PENYALAHGUNAAN DADAH
Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah secara berlebihan . Kebiasaanya penggunaan dadah secara berlebihan ini akan mendatangkan perasaan gembira yang tidak terhingga dan ketagihan dadah ini juga bertujuan melarikan diri daripada kenyataan.
Penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan kehidupan seharian setiap individu terganggu.
Penagih dadah lebih cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun berlaku masalah dalam diri atau masyarakat dan sering terlibat dengan masalah perundangan serta meletakkan diri mereka dalam situasi yang berbahaya .
JENIS - JENIS DADAH
Opiat
Contoh : Candu,morfin,heroin dan kodein
~Sejenis bahan perubatan untuk tidur atau melegakan kesakitan .
Canabinoid
Contoh : Ganja ,hashish dan marijuana.
~Semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok genus canabis Tetra Hydrocannibol (THC).
Stimulan
Contoh : Phetamine kokain
~Sejenis daun koko,paste koka,kokain freebase dan crack kokain .
Depreseo
Contoh : Methakualon,traquliser dan rohypnol
~Merupakan bahan perubatan ,ubat penenang untuk menukarkan sistem saraf pusat .
Halusinogen
Contoh : Lysergic acid,halluceno-genic mushroom,dietthylamide (LSD),trymethyltrp tamine (DMT) ,phenlyclidine(PCP) dan katamine .
~Merupakan dadah asli dan sintatik
~Mengubah pandangan visual iaitu susah untuk membezakan yang benar atau tidak ,
Psikotrapik
Contoh : Methamphetamine,amphetamine,Methylene Dioxymetham Phetamine(MDMA),dan pil ecstasy (XTC) .
~Merupakan dadah yang bertindak balas dengan otak dan merangsang fizikal .
Inhalant
Contoh: Gam,ubat nyamuk ,minyak petrol,cat cair,thinner,cecair pemetik api,spray rambut,krim pencuci,marker pen,dan lain-lain.
~Tidak ditakrifkan sebagai dadah .
~Walau bagaimanapun, Inhalant mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya .
FAKTOR - FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH
Kurang didikan agama oleh ibu bapa
Berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan iman menyebabkan mereka
lebih mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan . Ibu bapa
seharusnya memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna dan cukup
untuk mereka membawa diri masing masing.Seperti yang kita lihat
dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa kebanyakan masyarakat
kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah akibat daripada
pegangan agama yang rapuh .
Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya
Psikologinya seseorang itu lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding dengan orang lain.Hal ini demikian,dapat dilihat bahawa rakan-rakan merupakan orang yang paling rapat dengan diri kita .Fenomena yang berlaku ini dapat dilihat apabila pengaruh rakan sebaya adalah sangat kuat.
Pemberontakan diri
Contoh yang dapat dilihat adalah anak-anak yang memberontak atau memprotes terhadap ibubapa mereka apabila sesuatu yang diingini tidak dipedulikan oleh ibu bapa. Faktor ini boleh terjadi disebabkan oleh seseorang itu ingin memberontak terhadap sesuatu autoriti .
Gangguan Emosi
Sesetengah individu menggunakan dadah adalah untuk melupakan masalah yang dihadapinya kerana dadah dapat menghilangkan kawalan otak dan mengkhayalkan .Hal ini demikian menyebabkan seseorang itu lupa untuk seketika masalah yang dihadapinya . Keadaan inilah yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah secara berterusan untuk mendapatkan kesan lupa dan euphoria yang lama.
Ibu bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab
Ini dapat dilihat apabila ibu bapa yang sibuk bekerja ,lupa untuk
memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini
meningkat remaja .Mereka hanya mementingkan materilistik semata-mata
sehingga tiada langsung masa yang diluangkan bersama anak-anak bagi
mengetahui aktiviti semasa yang mereka lakukan .
Hal ini demikian
menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan
perkara-perkara yang tidak diduga. Bak kata pepatah melayu ada
menyebut “melentur buluh biarlah dari rebungnya” ,bermaksud ibu bapa
seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka sejak dari kecil lagi
dengan memberikan didikan yang sempurna .
LANGKAH - LANGKAH UNTUK MEMBANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH DI MALAYSIA
Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan
penyalahgunaan dadah supaya ia berkurang dan kalau boleh di hapuskan
sama sekali. Di antaranya ialah:-
1. Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.
Akta Dadah Berbahaya telah diperkenalkan di Malaysia sejak
1952 . Kemudian dipinda pada 1985 dengan nama Akta Dadah Berbahaya
(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 .
Dasar Dadah Negara telah diisytiharkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah. Tujuannya bagi mewujudkan negara Malaysia yang bebas dari ancaman gejala dadah menjelang tahun 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional.
Seksyen 39 B dan Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah digunakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan tersebut di mana ia membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit melakukan kesalahan tersebut.
Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dinyatakan bahawa: 39B. Pengedaran dadah berbahaya.
(1) Tiada seorang pun boleh, bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu berada di Malaysia (a) mengedarkan dadah berbahaya; atau (b) menawar untuk mengedarkan dadah berbahaya; atau (c) melakukan atau menawar atau melakukan sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi maksud pengedaran dadah berbahaya. (2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan hendaklah dijatuhi hukuman mati.
Dasar Dadah Negara telah diisytiharkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah. Tujuannya bagi mewujudkan negara Malaysia yang bebas dari ancaman gejala dadah menjelang tahun 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional.
Seksyen 39 B dan Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah digunakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan tersebut di mana ia membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit melakukan kesalahan tersebut.
Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dinyatakan bahawa: 39B. Pengedaran dadah berbahaya.
(1) Tiada seorang pun boleh, bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu berada di Malaysia (a) mengedarkan dadah berbahaya; atau (b) menawar untuk mengedarkan dadah berbahaya; atau (c) melakukan atau menawar atau melakukan sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi maksud pengedaran dadah berbahaya. (2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan hendaklah dijatuhi hukuman mati.
Hukuman Sebatan |
2. Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.
Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.
3. Mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.
Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama
membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di
kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan
perlu memata-matai serta bertindak pantas dalam melaporkan
kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan
bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan
kastam yang ketat perlu dilaksanakan.
4. Penubuhan pusat-pusat pemulihan.
Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang
bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari
berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Pusat-pusat ini dikenali sebagai Pusat SERENTI dan baru-baru ini telah ditukar namanya kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
No comments:
Post a Comment